Friday, August 5, 2011

Kalamullah





tepat pukul 5 pagi
alarm hp akan berbunyi
serentak dengan tu
si ayah akan tetap setia menalifon anaknya~
"bangun..bangun..jangan terlepas sahur"
hehehe....terima kasih ayah !
paham saje yang anak dia nie ada gastric & tak boleh kalau tak sahur ;p

dan setiap pukul 5 pagi lah
terkocoh-kocoh masuk dapur
panaskan nasi..goreng sayur..masak lauk..
masuk itu..masuk ini..janji siap
yang sadisnya kene sahur sorang-sorang kat rumah yang cantik lagi indah nie
perghhhhh....... T_T

kalau sahur kat kampung
ada ibu, ayah, kamal, myra ngan alif
rasa makan sahur macam makan buka puasa.....waaaaaa !!
its okay amal..sahur kann baik untuk kesihatan dan banyak kelebihannya :)

daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

umat islam disunatkan untuk makan sahur samada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat 
sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau minuman
hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah
untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esoknya
orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah
nescaya Allah akan memberikan nikmat dan keberkatan didalam hidupnya
dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi
melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja
amalan bersahur juga yang membezakan puasa muslim daripada puasa dalam agama lain spt yahudi
oleh itu sahurlah walaupun dengan sebiji kurma dan segelas air masak !


dan kalau bersahur tu bukak lah chanel tv3
dari pukul 5.30am sampai 6am
~Kalamullah~
sayu sangat rasa hati
bergenang jekk air mata nie
bila tengok kanak-kanak tahfiz nie
xpercaya?tengok dulu lah baru tahu...hehehe