Tuesday, March 29, 2011

tentang sahabat


Persahabatan
Apabila dua insan bertemu, berkenalan dan bersahabat,
hubungan persahabatan mula terjalin...
siapakah dia sahabat?
ada orang berkata
orang yang baik kepada kita itulah sahabat
fikirannya, ideologinya serta bicaranya
seakan serupa dengan kita
itukah yang dinamakan dengan sahabat?
apakah sahabat itu sekadar teman bicara ketika suka..
tapi teman dusta ketika berduka
jalan-jalan kehidupan yang kita lalui, penuh ranjau dan duri
mencari teman sejati sebagai pelindung diri
adakala sahabat itu muncul sendiri
dan tidak usah dicari lagi
tanpa kita sedari dan dugai..
seolah-olah Tuhan Yang Maha Mengetahui
mengerti dan memahami hati ini
apabila sahabat itu tidak sekadar berkata-kata manis
tapi mengotakan kata-katanya
itulah erti persahabatan yang sebenarnya..
kerana seorang sahabat setia takkan menjadi musuh dalam selimut
yang menikam dari belakang
dan cuba memboikot kita..
hendaklah kita beringat selalu
kerana hati manusia
tiada siapa yang tahu
sahabat..percayalah padaku
niatku hanyalah untuk membantumu~~