Tuesday, January 18, 2011

ikhlas

Sebuah kisah yang ku rasa harus di kongsi bersama. Mengenai IKHLAS..

Ada seorang jejaka terjumpa sebuah buku di taman. Di dalam buku itu tertulis nama dan alamat pemiliknya, dan juga tertera sepotong ayat “Aisyah yang sedang mencari sahabat hati”. Usai saja membaca pepatah itu tergerak hati jejaka tersebut untuk mengembalikan buku tersebut kepada si gadis misteri itu.

Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa die bersetuju berkawan dengan si jejaka dan si gadis berterima kasih kerana si jejaka menemui buku tersebut dan memulangkan kepadanya.
Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Persahabatan yang bermula hanya sekadar kawan bertukar menjadi perasaan saying, namun begitu mereka masih belum ketemu. Si jejaka amat ingin bertemu dengan gadis misteri tersebut dan begitu juga dengan si gadis misteri.

Pada suatu hati si jejaka di panggil untuk berkhidmat dalam misi ketenteraan di luar Negara. Si jejaka amat susah hati sekali kerana bimbang dia mungkin tidak dapat ketemu dengan gadis kesayangannya. Maka si jejaka telah menulis sepucuk surat kepada si gadis misteri.

“kalau Allah panjangkan jodoh kita dan kamu masih sayang padaku, kita akan berjumpa suatu hari nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dengan memegang sekuntum bunga mawar merah. Aku akan mengenalimu sekira kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah sekembalinya aku nanti di kemudian hari. Serta izinkan aku membawamu untuk makan malam dan berjumpa dengan kedua orang tuaku”

Selang beberapa tahun kemudian pada hari kepulangan si jejaka yang di angkat sebagai wira Negara, si gadis masih setia menanti kepulangan buah hati kesayangannya dengan memegang sekuntum bunga mawar merah. Seperti di dalam perjanjian mereka dahulu, di perhatikan setiap jejaka yang membawa sekuntum bunga mawar merah yang lengkap berpakaian ketenteraan begitu juga dengan si jejaka berdebar-debar untuk bertemu dengan orang yang di sayanginya.
Tiba-tiba si jejaka ternampak gadis yang gemuk, hitam, berjerawat duduk di atas kerusi roda sambil melihat sekeliling persisi seperti mencari orang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah, manakala tangannya yang sebelah lagi memegang sekuntum bunga mawar merah.  Si jejaka amat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini yang amat berbeza daripada imaginasinya.

Namun dia memberanikan diri menghapiri si gadis tersebut sambil menyapa, Aisyah? Si gadis melihat kearah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar merah kepada si gadis sambil berkata “aku amat merinduimu.. terimalah bunga ini dan perlawaanku untuk makan malam dan menemui kedua orang tuaku, orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk menemuimu”

Si gadis tersenyum lagi dan berkata “aku tidak tahu apa yang terjadi tetapi ada seorang gadis yang cantik jelita memberiku bunga ini dan memintaku menunggu seseorang d sini. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran hadapan ini sekiranya kamu mempelawaku untuk makan malam dan menemui kedua orang tuamu”.

Berapa ramaikan jejaka yang berhati sesuci ini? Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Aisyah. Masih wujudkah lagi lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu…

renung-renungkan, dan selamat beramal...