Showing posts with label soul. Show all posts
Showing posts with label soul. Show all posts

Monday, October 10, 2011

9/10/11




sedang enak bertugas syif malam
tiba-tiba kat fb n twitter kecoh cerita pasal bulan
aku yang tengah bekerja ni..
sibuk lah panjat kerusi intai2 kat tingkap
nak tengok bulan punya pasal
mula-mula x nampak
cari tingkap lain..

jeng..jeng..jeng..
Subhanallah..cantiknya bulan malam ini



nampak x cincin yang mengelilingi bulan kat tengah tu
ada samar-samar pelangi kat cincin tu
ada yang kata
fenomena ini dinamakan sebagai Fenomena Halo
iaitu fenomena yang ada lingkaran pelangi disekeliling bulan
cantik kann !


nampak x kalimah Allah disebalik cahaya bulan tu
gambar ni aku ambil dari fb
berlaku pukul 11 lebih malam 9/10/11 (tarikh pun nice gak)
untung lah kepada yang dapat tengok secara real kann

inilah tanda kebesaran Allah
supaya kita muhasabah diri dan insaf




glitter-graphics.com

Thursday, August 25, 2011

i'm sorry so much



dalam banyak-banyak bulan
bulan puasa kali ini memang banyak dugaan buat aku
start dari kewangan, aset, kerjaya, persahabatan dan diri aku sendiri
huhu....rasa down giler kowt


aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
aku nak mintak maaf  di atas segala kesalahan yang aku lakukan
samada yang aku sedar ataupun tidak
yang aku sengaja kan atau pun tidak
walaupun aku tahu kata maaf saja belum cukup

semoga hari esok sentiasa lebih baik dari hari semalam
terima kasih kepada family tercinta, Mr. H & kawan-kawan
yang sentiasa ada di hari2 susah dan senangku
luv uols semua taw
xoxo~ <3







Friday, August 5, 2011

Kalamullah





tepat pukul 5 pagi
alarm hp akan berbunyi
serentak dengan tu
si ayah akan tetap setia menalifon anaknya~
"bangun..bangun..jangan terlepas sahur"
hehehe....terima kasih ayah !
paham saje yang anak dia nie ada gastric & tak boleh kalau tak sahur ;p

dan setiap pukul 5 pagi lah
terkocoh-kocoh masuk dapur
panaskan nasi..goreng sayur..masak lauk..
masuk itu..masuk ini..janji siap
yang sadisnya kene sahur sorang-sorang kat rumah yang cantik lagi indah nie
perghhhhh....... T_T

kalau sahur kat kampung
ada ibu, ayah, kamal, myra ngan alif
rasa makan sahur macam makan buka puasa.....waaaaaa !!
its okay amal..sahur kann baik untuk kesihatan dan banyak kelebihannya :)

daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

umat islam disunatkan untuk makan sahur samada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat 
sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau minuman
hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah
untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esoknya
orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah
nescaya Allah akan memberikan nikmat dan keberkatan didalam hidupnya
dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi
melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja
amalan bersahur juga yang membezakan puasa muslim daripada puasa dalam agama lain spt yahudi
oleh itu sahurlah walaupun dengan sebiji kurma dan segelas air masak !


dan kalau bersahur tu bukak lah chanel tv3
dari pukul 5.30am sampai 6am
~Kalamullah~
sayu sangat rasa hati
bergenang jekk air mata nie
bila tengok kanak-kanak tahfiz nie
xpercaya?tengok dulu lah baru tahu...hehehe



Wednesday, August 3, 2011

2nd Ramadhan




oppsss... i did it again! 

patutlah malam tadi aku mimpi bukan-bukan
rupanya ada benda nak jadi
as usual
dari dulu lagi
aku tak tahulah kenapa aku selalu di timpa masalah  yang sama nie
aku bukan mengeluh
tapi just nak luah...

ada orang penah cakap kat aku,

"Tuhan tidak akan menguji hamba2-Nya jikalau hamba2-Nya tidak mampu menghadapinya"

its okay amal
tenang, sabar, kuatkan hati, pujuk diri sendiri...
anggaplah ini dugaan bulan puasa
=)




Monday, July 25, 2011

jumpa





Alhamdulillah
gembira sangat hari ini
tahu tak aku lah insan yang paling lega sangat saat nie

dah dua minggu aku tunggu kau habis MC
dah lama sangat aku simpan soalan ni

nah..kau start masuk kerja jepp terus aku tanya

"babe, jumpa tak subang kau yang hilang tu?"
debor..debaran jantung nie jangan cakap lah
kencang sangat macam baru lepas lari pecut 100 meter.

"hehe...dah jumpa lah amal"
dot sambung lagi...
"rupanya husband aku yang simpankan kat tempat lain...takut hilang katanya"

"ya Allah...iya ke dot! lega giler aku dengar...aku dah cakap..mesti ada punya..xde sape nak amek subang tue"

Ya Allah...syukurlah dah jumpa..
lega 100% kowt.
sambil menyanyi-nyanyi lagu raihan
thank you Allah...thank you Allah~~
^________^




Saturday, July 9, 2011

pilu




babe...
cari lah betul-betul barang kau tu
cari dengan mata hati yang suci lagi bersih
aku tahu cuma aku yang simpankan barang kau
aku tahu cuma aku yang bertanggungjawab jaga barang kau
dan aku pasti mesti ada kat dalam beg tu

walaupun kau cakap
"kalau tak jumpa pun tak apa"
sebab barang tu bukanlah mahal sangat (itu kata kau)
tapi bagi aku sangat penting
its about trust babe

percayalah...
aku tak ambil barang kau
tak pernah terlintas walau sebesar zarah pun
sebab harta di dunia ni bukan milik kita
tapi milik DIA







glitter-graphics.com

Friday, June 17, 2011

rezeki dari langit




tiba - tiba dapat mesej

*you have reloaded RM50. Your new airtime balance is RM59.33*

ya Allah...sape plak yang topupkan aku nie..
kalau salah topup..takkan sampai banyak tu kowt..
aku pun xpenah topup lebih dari RM30..hehe
terima kasih banyak banyak
mungkin hamba Allah nie tersalah type no tepon kowt..kesian die.huhu
mungkin jugak nilah yang dinamakan
rezeki dari langit


"Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku yang sebenarnya, aku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang."


^________^









Tuesday, May 10, 2011

InsyaAllah







"janganlah berputus asa, kerana Allah bersamamuuuuuu....insyaAllah"


bila aku rasa down
aku akan dengar lagu ni
bila aku rasa sedih
lagu ni lah pengubatnya..

ada masa kita di atas
ada masa kita berada di bawah
x kira lah di mana pun kita
jangan sekali pun berpaling dariNya