glitter-graphics.com
Wednesday, August 8, 2012
Thursday, March 29, 2012
tangani keluhan
sebelum mengeluh tentang nasib kita,
fikirlah nasib manusia yang meminta simpati dan meminta sedekah kepada kita
sebelum mengeluh tentang malang hidup kita,
fikirlah malang hidup seseorang yang miskin dan tiada tempat berteduh
sebelum mengeluh tentang masa,
fikirlah masa seseorang yang telah meninggalkan dunia ini
sebelum mengeluh tentang suami/isteri,
fikirlah tentang perasaan seseorang yang susah mendapat jodoh
dan sebelum mengeluh tentang anak,
fikirlah betapa susahnya seseorang yang tak dikurniakan anak menginginkan seorang anak
jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada
dan terimalah setiap dugaan yang diberi oleh Allah s.w.t. buat setiap makhluknya
glitter-graphics.com
Tuesday, January 3, 2012
solat jumaat
"wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" (Al-jumaat : ayat 9)
p/s : renung-renungkan dan teruskan beramal :)
Monday, December 19, 2011
Get A New Car Now !!
CALL FOR BEST OFFER AND APPOIMENT
HAN 017-6308889
email : lurvelydoll@gmail.com
VIVA ELITE
MYVI 1.3 PREMIUM
MYVI 1.5 EXTREME
ALZA 1.5 PREMIUM
FREE LCD TV & MANY MORE FREE GIFTS
0% DOWNPAYMENT
FULL LOAN
HIGH DISCOUNT
HIGH TRADE-IN VALUE
LOW INTEREST RATE 1.88%
READY STOCK
WARRANTY 3 YEARS
LOAN TILL 10 YEARS
NO LICENSE
FAST APPROVAL
FAST DELIVERY
TEST DRIVE AVAILABLE
DOOR TO DOOR SERVICE
Call and SMS for best offer and appointment :
HAN 017-6308889
email : lurvelydoll@gmail.com
Friday, October 21, 2011
status keaslian handphone
BERHATI2 SEMASA BELI HP...
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA
Friday, October 14, 2011
Monday, October 10, 2011
9/10/11
sedang enak bertugas syif malam
tiba-tiba kat fb n twitter kecoh cerita pasal bulan
aku yang tengah bekerja ni..
sibuk lah panjat kerusi intai2 kat tingkap
nak tengok bulan punya pasal
mula-mula x nampak
cari tingkap lain..
jeng..jeng..jeng..
Subhanallah..cantiknya bulan malam ini
nampak x cincin yang mengelilingi bulan kat tengah tu
ada samar-samar pelangi kat cincin tu
ada yang kata
fenomena ini dinamakan sebagai Fenomena Halo
iaitu fenomena yang ada lingkaran pelangi disekeliling bulan
cantik kann !
nampak x kalimah Allah disebalik cahaya bulan tu
gambar ni aku ambil dari fb
berlaku pukul 11 lebih malam 9/10/11 (tarikh pun nice gak)
untung lah kepada yang dapat tengok secara real kann
inilah tanda kebesaran Allah
supaya kita muhasabah diri dan insaf
glitter-graphics.com
Sunday, October 2, 2011
Pengorbanan Seorang Ibu.
Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.
Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu.
Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, “Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! ”
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya.
Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. “Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu.” Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!
kisah benar ini aku ambil drpd blogger juga
just nak share betapa besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
bila difikirkan secara logik
dalam masa beberapa minit sel-sel tubuh badan akan mati jika tidak menerima oksigen
apabila sel-sel dalam tubuh badan ini mati
organ-organ dalam tubuh badan tidak dapat berfungsi
dan seterusnya sistem seluruh badan kita akan terjejas
jadi, bagaimana bayi dalam runtuhan gempa bumi ini masih boleh hidup?
betapa besarNya kuasa Allah s.w.t.
yang membenarkan sesuatu perkara yang tidak mustahil boleh berlaku
"kun fayakun"
yang bermaksud : Jadilah! Maka terjadilah ia.
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Thursday, September 22, 2011
1st day class
1st day class
dah sesat...huh !
betapa jauhnya puncak alam tu
memang betul lah kata orang..
tempat jin bertendang
tapi okey lah..nice view..udara pun segar..
untunglah bagi sesape yang duduk hostel..
boleh study ketat-ketat kann
dan untuk kami-kami yang e-pjj student nih..
memang lah sangat terasa jauhnya..haihhh...dugaan~
1st sight of view...cantik nya UITM puncak alam nih
maklumlah tempat baru...hehe
dalam kelas pun selasa habis kalau nak krohh krohh tu...uppsss
tapi..sabtu ahad cafe tutup daaa...kesian kat kami-kami yang e-pjj nih !
nasib baik ada mcD....
dengar kata nak bukak KFC pulak..
haa...bagus lah tu..
meh beramai-ramai bukak cafe kat puncak alam nih
burger king ke..
food court esp...confirm ramai student datang :)
1st day class kat e-pjj ni memang x sama lah dengan fulltime student
masuk2 kelas lecturer dah bagi asiggment..
yang sangat melambak tu
siap dengan tarikh test skali..
xkisah pun semua tu
yg kisahnya satu buku pun xde sekarang ni !
kena search buku rujukan sendiri....terbaik ouh
macammana nak buat kerja...haihhhh
semalam dah semangat waja pergi library sorang-sorang
lepas tu kena bayar yuran rm200 sebab bukan student UKM
so sad T_T
ada sesiapa boleh tolong amal x ?
huhuhuhu.....
Monday, September 5, 2011
raya! raya! raya!
tahun nie lain sket
esp kepada yang bekerja ofis hour
cuti raya 2 hari dapat extra 9 hari
pehh...apasal lah aku kerja syif ekk :'(
@#$%^&*()_+~!!
raya tahun nie x dapat cuti time raya
warghhhh !!
*mental sekejap*
nasib baik juadah di hari raya sangat-sangat meriah walaupun beraya di wad
kredit to Mr. H yang temankan aku di pagi raya~
xdelah menangis sorang-sorang di pagi raya kann...hihih
apepun, cuti 4 hari telah digunakan semanfaat yang maksimum
raya ke-2 baru boleh balik kampung
balik muar, balik batu pahat & balik kuantan
raya kann sebulan~
lepas nie teringin nak pergi rumah terbuka kat KL
ada sesiapa yang nak buat open house x?
cepat lahh buat open house
amal nak datang nih...heheh
;p
Thursday, August 25, 2011
i'm sorry so much
dalam banyak-banyak bulan
bulan puasa kali ini memang banyak dugaan buat aku
start dari kewangan, aset, kerjaya, persahabatan dan diri aku sendiri
huhu....rasa down giler kowt
aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
aku nak mintak maaf di atas segala kesalahan yang aku lakukan
samada yang aku sedar ataupun tidak
yang aku sengaja kan atau pun tidak
walaupun aku tahu kata maaf saja belum cukup
semoga hari esok sentiasa lebih baik dari hari semalam
terima kasih kepada family tercinta, Mr. H & kawan-kawan
yang sentiasa ada di hari2 susah dan senangku
luv uols semua taw
xoxo~ <3
Friday, August 12, 2011
UiTM dihatiku !
"sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat
untuk mengikuti program ijazah sarjana muda di UiTM"
syukur Alhamdulillah
^______^
rasa bagaikan terbang pun ade nih~~
kak ija, nanti kita studi sama-sama taw
kalau bukan kak ija yang pujuk aku mohon semula aritu
belum tentu aku dapat tawaran nie
InsyaAllah....peluang yang ada takkan sekali aku sia-siakan
dan sekarang tengah pening kepala mana nak cari sponsor
bhahaha....nak seribu daya amal..
tapi, macammana ya?
huhu...chaiyok2 !!
Friday, August 5, 2011
like to sharing this
An english proffesor wrote the words :
"A women without her man is nothing"
On the chalkboard and ask his students to punctuate it correctly
All the males in the class wrote :
"A women, without her man, is nothing"
All the females in the class wrote :
"A women : without her, man is nothing"
bhahahaha....but the most beautiful things is..
"man and woman need each other"
^_____^
Kalamullah
tepat pukul 5 pagi
alarm hp akan berbunyi
serentak dengan tu
si ayah akan tetap setia menalifon anaknya~
"bangun..bangun..jangan terlepas sahur"
hehehe....terima kasih ayah !
paham saje yang anak dia nie ada gastric & tak boleh kalau tak sahur ;p
dan setiap pukul 5 pagi lah
terkocoh-kocoh masuk dapur
panaskan nasi..goreng sayur..masak lauk..
masuk itu..masuk ini..janji siap
yang sadisnya kene sahur sorang-sorang kat rumah yang cantik lagi indah nie
perghhhhh....... T_T
kalau sahur kat kampung
ada ibu, ayah, kamal, myra ngan alif
rasa makan sahur macam makan buka puasa.....waaaaaa !!
its okay amal..sahur kann baik untuk kesihatan dan banyak kelebihannya :)
daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”
umat islam disunatkan untuk makan sahur samada bagi puasa wajib mahupun puasa sunat
sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau minuman
hikmah disunatkan makan sahur keatas orang yang hendak berpuasa ialah
untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk berpuasa pada esoknya
orang yang berpuasa dan makan sahur pada waktunya dengan niat kerana Allah
nescaya Allah akan memberikan nikmat dan keberkatan didalam hidupnya
dan inilah kelebihan yang tidak diperolehi
melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja
amalan bersahur juga yang membezakan puasa muslim daripada puasa dalam agama lain spt yahudi
oleh itu sahurlah walaupun dengan sebiji kurma dan segelas air masak !
dan kalau bersahur tu bukak lah chanel tv3
dari pukul 5.30am sampai 6am
~Kalamullah~
sayu sangat rasa hati
bergenang jekk air mata nie
bila tengok kanak-kanak tahfiz nie
xpercaya?tengok dulu lah baru tahu...hehehe
Wednesday, August 3, 2011
2nd Ramadhan
oppsss... i did it again!
patutlah malam tadi aku mimpi bukan-bukan
rupanya ada benda nak jadi
as usual
dari dulu lagi
aku tak tahulah kenapa aku selalu di timpa masalah yang sama nie
aku bukan mengeluh
tapi just nak luah...
ada orang penah cakap kat aku,
"Tuhan tidak akan menguji hamba2-Nya jikalau hamba2-Nya tidak mampu menghadapinya"
its okay amal
tenang, sabar, kuatkan hati, pujuk diri sendiri...
anggaplah ini dugaan bulan puasa
=)
Friday, July 29, 2011
dugaan menjelang ramadhan
di saat satu Malaysia memuja Harimau Malaya
tiada siapa pun yang ambil peduli
ribut kat pahang yang berlaku baru-baru nie
dalam masa 2 minit habis satu kampung Felda Gambang
yang bumbung terbalik lah
dapur pecah
jalan rosak
pokok tumbang sampai akar tercabut....
hmm....renung2kan dan selamat beramal k :)
Monday, July 25, 2011
jumpa
Alhamdulillah
gembira sangat hari ini
tahu tak aku lah insan yang paling lega sangat saat nie
dah dua minggu aku tunggu kau habis MC
dah lama sangat aku simpan soalan ni
nah..kau start masuk kerja jepp terus aku tanya
"babe, jumpa tak subang kau yang hilang tu?"
debor..debaran jantung nie jangan cakap lah
kencang sangat macam baru lepas lari pecut 100 meter.
"hehe...dah jumpa lah amal"
dot sambung lagi...
"rupanya husband aku yang simpankan kat tempat lain...takut hilang katanya"
"ya Allah...iya ke dot! lega giler aku dengar...aku dah cakap..mesti ada punya..xde sape nak amek subang tue"
Ya Allah...syukurlah dah jumpa..
lega 100% kowt.
sambil menyanyi-nyanyi lagu raihan
thank you Allah...thank you Allah~~
^________^
Thursday, July 21, 2011
Chelsea vs Malaysia
1-0
wow...siapa sangka
friendly antara chelsea vs Malaysia boleh jadi sesengit nie
walaupun chelsea yang menguasai permainan malam itu
tapi, sangat susah kowt nak bolos pertahanan Harimau Malaya
kalau dulu..tiada siapa pun yang pandang Harimau Malaya nie..
well done Harimau Malaya...teruskan perjuangan demi negara terchenta~chewah!!
♫ Harimau Malaya mengaum gagah! Juara Malaya Raja Asia,Lawan Diserang tiada gentar,mengaum gagah,lawan gentar,Harimau Malaya,dunia digegar ♫
p/s : anyway...terima kasih sebab sudi belanja kiter tiket last minute nie
mula-mula memang dah redha nak tengok kat mamak malam tue
ehehe.....seronok sangat <3
Subscribe to:
Posts (Atom)

















